Satu kajian mendapati, kucing secara amnya lebih berpuas hati jika diberi makan sekali sehari namun dalam jumlah kuantiti yang besar dan banyak.
Menurut penyelidik, Prof. Adronie Verbrugghe berkata, cara ini juga dapat membantu pemilik kucing untuk mengurangkan risiko obesiti pada haiwan mereka.
"Hasil kajian ini mungkin mengejutkan komuniti veterinar dan banyak pemilik kucing yang sering diberitahu haiwan peliharaan mereka memerlukan beberapa hidangan makanan dalam jumlah kecil setiap hari.
"Pendekatan ini sebenarnya cara efektif bagi doktor haiwan dan pemilik kucing untuk menguruskan berat kucing dan memberi penjagaan terbaik supaya kucing-kucing ini hidup sihat dan bahagia," katanya.
Kajian berkenaan telah diterbitkan dalam PLOS ONE, keluaran September 2020.
Sumber: CBA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.