Apa itu cinta? Cinta adalah suatu perasaan yang setiap manusia pasti merasakan. Terdapat pelbagai bentuk cinta dalam kehidupan manusia. Berikut adalah bentuk-bentuk cinta menurut pandangan Islam dan juga para ulama.
- Cinta Kepada Allah SWT
Cinta yang paling tinggi dan agung adalah cinta kepada Pencipta segala isi bumi dan alam semesta. Mencitai Allah SWT adalah mutlak bagi setiap umat Muslim.
Bila kita sudah mempunyai perasaan cinta pastinya kita akan melakukan segalanya untuk yang dicintai. Sama juga jika seorang mukmin mencintai Allah SWT, yang akan mencuba segala upaya untuk mengikuti perintahNya dan menjauhi laranganNya.
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah, “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Surah ali-Imran: 31
- Cinta terhadap alam sekitar
Selepas perasaan cinta kepada Allah SWT yang merupakan pencipta seluruh isi alam semesta jadi semestinya kita perlu mempunyai rasa cinta akan segala yang diciptakanNya dan berusaha untuk menjaganya.
Allah SWT memerintahkan hamba-hambaNya untuk sentiasa menjaga lingkungan sekitar daripada kerosakan kerana sesungguhnya Allah mencipta manusia menjadi khalifah di dunia ini yang mampu melindungi alam sekitar.
Sumber: Majalah MW
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.