Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk syurga hanya kerana rahmat Allah. Adakah kita ingin mengharapkan solat kita yang tidak khusyuk, tidak sempurna? Adakah kita ingin mengharapkan pahala puasa kita dalam keadaan lalai dan tidak menjaga tutur kata? Bahkan jika kita beramal beribu tahun pun belum tentu mampu menampung segala dosa yang dilakukan.
Maka dengan rahmat dan keampunan Allah jua yang membolehkan kita terlepas daripada hukuman api neraka dan mampu masuk ke syurga. Percayalah, satu saat menerima seksaan di akhirat kelak pun kita tidak terdaya.
Kita perlu beringat, jika orang melakukan dosa dan kesalahan kepada kita, maka kita juga pernah melakukan dosa dan kesalahan kepada orang lain.
Mungkin berkat kemaafan yang diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa di dunia, Allah juga akan memaafkan kita kelak di mahkamahNya. Kebaikan kita di dunia pasti akan dibalas dengan kebaikan akhirat, InshaaAllah. Kita tidak rugi malah mendapat kemenangan di akhirat.
Sebolehnya selesaikanlah urusan sesama manusia di dunia dan usah bawa dendam dan rasa tidak puas hati hingga ke hari akhirat.
Sumber: Mufti Menk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.