Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Bukan Penghalang Kepada Umat Islam Melaksanakan Ibadah Puasa Sekiranya PKP Dilanjutkan

Ibadah puasa pada bulan Ramdan yang penuh dengan kemuliaan tidak akan dihalangi jika PKP dilanjutkan sekalipun.
Editor
08 Apr 2020, 02:48 PM

Situasi negara yang kini berdepan dengan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan kepada beberapa penganjuran dan pelaksanaan ibadah umat Islam pada bulan Ramadan yang melibatkan perhimpunan ramai.

Menurut pendapat penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, ibadah puasa pada bulan Ramdan yang penuh dengan kemuliaan tidak akan dihalangi jika PKP dilanjutkan sekalipun.

bukan penghalang kepada umat islam melaksanakan ibadah puasa sekiranya pkp dilanjutkan

Namun beliau berkata sebaliknya, pelaksanaan PKP di waktu bulan Ramadan harus dilihat sebagai satu nikmat untuk memperbaiki amalan selain itu dapat menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat yang akhirnya boleh mensia-siakan ibadah puasa.

Beliau mengadakan sesi soal jawab secara “live-streamin” bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Instagram rasmi masing-masing pada Selasa malam.

Apabila ditanyakan soal pelaksanaan solat tarawih, Ustaz Azhar Idrus berkata PKP tidak menghalang umat Islam untuk mengerjakan ibadah solat sunat tarawih meskipun ibadah tersebut boleh dilakukan di rumah masing-masing.

Menunaikan solat tarawih di rumah bersama ahli keluarga bukan sesuatu perkara yang asing mahupun aneh, kerana melihat contoh pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda juga melaksanakan solat tarawih di rumah sebelum pergi ke masjid.

“Namun, ulama ada bersepakat sekiranya kita sudah biasa dengan berniat iktikaf di masjid, tiba-tiba ada uzur syarie (uzur yang diterima syarak) yang menghalang dan kita tetap berniat iktikaf di rumah, maka pahalanya sama seperti kita berniat iktikaf di masjid,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa buah negeri telah mengumumkan pembatalan bazar Ramadan. Secara jelas perkara tersebut menghampakan sesetengah pihak seperti para peniaga.

bukan penghalang kepada umat islam melaksanakan ibadah puasa sekiranya pkp dilanjutkan

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}