Kecantikan adalah perkara yang subjektif dan ramai yang mempunyai standard kecantikan mereka yang tersendiri.
Namun, ia bukan penghalang kepada sesetengah individu yang matlamat mereka adalah untuk mencapai standard kecantikan pada pandangan manusia sehingga mengetepikan larangan agama.
Memang fitrah manusia berkeinginan untuk kelihatan cantik dan menarik tetapi haruslah mengikut garis yang ditetapkan dalam Islam.
Dalam zaman moden ini, terdapat pelbagai jenis teknologi dan juga petua kecantikan yang dikongsikan oleh artis mahupun ‘beauty influencer’ untuk kelihatan lebih menarik. Namun haruslah kita melihat produk-produk yang dikongsikan itu terlebih dahulu dan mensyorkan produk tersebut mempunyai pengesahan halal supaya tidak menimbulkan keraguan.
(Surah At-Tin Ayat 4)
Terdapat juga dalil yang berkaitan dengan mengubah ciptaan Allah dalam sebuah Hadith, iaitu:
Akhir kata, kita janganlah mudah terpedaya dengan pengaruh sosial media. Menjaga kesihatan dan kecantikan itu amatlah dianjurkan untuk menghargai ciptaan Illahi tetapi jangan sehingga anda merubah ciptaan semulajadi.
Sumber: akuislam.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.