Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Cara Allah Memberi Peluang Bersedekah

Seorang lelaki berkongsi tentang sebuah cerita yang membuatkan dia menitiskan air mata.
Editor
05 Sep 2020, 06:00 PM

Seorang lelaki berkongsi tentang sebuah cerita yang membuatkan dia menitiskan air mata.

cara allah memberi peluang bersedekah

Suatu hari, apabila dia baru keluar dari masjid, dia telah didatangi seorang peminta sedekah. Hatinya menggerutu dan jengkel melihat si peminta sedekah yang menunggunya. Dalam keadaan terpaksa dia berikan juga sedekah. Apabila melihat di dalam dompetnya hanya terdapat wang dengan nilai besar sahaja, dia tetap memberi untuk si peminta sedekah tersebut membeli makanan di sebuha restoran namun berpesan supaya memulangkan baki.

Si peminta sedekah masuk ke dalam restoran tersebut untuk membeli makanan dan lelaki tersebut menunggu di luar. Lama dia menunggu dan si peminta sedekah masih belum keluar. Hatinya jengkel dan menyangka bahawa wangnya sudah dihabiskan, dan dia terpaksa pula menunggu.

Dia lantas masuk ke dalam untuk memarahi si peminta sedekah. Namun apa yang dilihat, peminta sedekah sedang makan dan di atas meja penuh dengan makananan yang pelbagai jenis. Lelaki itu mendekati lalu memarahinya, kerana telah meminta duitnya kemudian membuatnya menunggu.

Tiba-tiba, peminta sedekah tersebut menghulurkan kembali duit yang diberi.

“Ini duitmu, aku langsung tidak menggunakannya. Pemuda di belakang kaunter itu yang merupakan pemilik restoran yang telah membelanjaku dan membenarkan aku mengambil apa yang aku kehendaki”

Lelaki tersebut lega kerana mendapat duitnya kembali. Lalu dia pulang menceritakan hal tersebut kepada isterinya. Dia berpandangan itulah cara Allah memulangkan kembali duitnya kerana dia sudah memberikan sedekah.

Walaubagaimanapun, isterinya memberi buah fikiran yang berlainan.

“Saya tidak berpendapat sebegitu. Bukan kamu mendapat kembali apa yang telah kamu sedekahkan, tetapi Allah telah menarik peluang sedekah yang diberikan dan memberikan kepada pemilik kedai itu”

Menyedari kebenaran kata-kata isterinya, lelaki itu menangis kerana telah terlepas peluang bersedekah kerana sejak dari awal lagi perbuatannya tidak ikhlas dan dipenuhi prasangka.

Peluang bersedekah mungkin datang tanpa kita sedari.

Sumber: Asim Khan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}