Ramai yang boleh setuju, jerawat di muka antara perkara yang amat menjengkelkan. Tapi tidak boleh kalahkan kesakitan jerawat yang tumbuh di dalam lubang ataupun cuping telinga.
Bukan sahaja sakit tapi sangat mengganggukan dan tidak selesa, tambah pula rasa gatal sebab kulit di telinga amat sensitif.
Jerawat boleh tumbuh dalam telinga kerana terdapat pembentukan sel kulit mati atau bakteria yang tersumbat dalam pori kulit telinga.
Belum lagi termasuk tabiat menggunakan headphones, subang, topi mahupun topi keledar yang kotor dan tercemar dengan bakteria.
Jadi lebih baik untuk anda bersih barangan yang sering digunakan dan bukan mencuci telinga sahaja.
Ini antara cara-cara yang boleh membantu anda untuk merawat masalah jerawat di telinga.
- Menyediakan air suam dan kain lembut untuk lap ke bahagian telinga. Air suam digunakan untuk membuka ruang pori dan mudah mengeluarkan kotoran dan minyak.
- Jika jerawat anda sudah pecah, hati-hati membersihnya kerana cecair dari jerawat itu mungkin boleh merebak dan menyebabkan masalah bertambah lebih teruk.
- Celupkan pembersih telinga dengan air suam terlebih dahulu sebelum membersihkan bahagian dalam telinga dengan perlahan-lahan.
- Alirkan air suam ke telinga bagi mencuci kotoran yang tertinggal di telinga.
- Jika jerawat belum pecah, biarkan jerawat itu pecah dengan sendiri.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.