Dalam sekian banyak nama-nama Allah yang pernah dihafal, ada satu nama yang sangat dekat dengan kita iaitu ‘Al-Wadud’. Ia bermaksud Maha Pencinta. Barangsiapa yang dicintai Allah akan mendapat kebahagiaan bukan hanya di akhirat malah di dunia.
Selain daripada memperbanyakkan amal ibadah, ada banyak perkata dan amalan lain yang kita boleh lakukan.
#1- Hidupkan hati dengan sentiasa belajar
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.” (Surah Fatir 35:28)
Mencari ilmu adalah kunci untuk kita memahami sesuatu perkara lebih-lebih lagi dalam hal agama. Tidak dapat tidak, kita mesti belajar mengenali Allah melalui firmanNya, apa yang diperintahkan oleh Allah, apa yang dilarang dan juga balasan serta ganjaran yang akan Allah berikan. Dengan ilmu, kita membina asas dan tapak yang kukuh dalam beragama. Dari situ iman boleh bercambah dan disuburkan lagi dengan amal ibadah.
#2- Jadilah seorang manusia yang boleh dijadikan tempat bergantung
Setiap daripada kita pasti mempunyai kelebihan dalam hal-hal tertentu. Bermakna, kita sebenarnya boleh membantu orang mengikut kelebihan dan kemahiran yang kita ada. Jika kita seorang yang suka mendengar, kita boleh menjadi pendengar yang baik untuk seseorang bercerita. Jika kita seorang yang pandai berjenaka, kita boleh menceriakan hati orang dengan jenaka tersebut.
Bantulah orang mengikut kemampuan kita. Rasulullah SAW mengingatkan bahawa saudara seislam ibarat satu tubuh. Jika ada satu anggota tubuh yang sakit, maka anggota yang lain akan turut merasa sakit.
#3- Maafkan dan lepaskan
Melakukan kesalahan dan kesilapan adalah hal yang tidak dapat dielakkan sebagai seorang manusia. Cuba fikirkan berapa kali kita lakukan kesilapan dan ingin orang memaafkan dan melupakan kesalahan kita serta merta.
Sumber: tzkrh.com