Ramai pasangan yang inginkan cinta yang membawa sehingga ke pintu Jannah. Cinta yang kekal abadi sehingga ke hujung nyawa. Dan itulah yang digambarkan bagi pasangan suami isteri warga emas ini yang menghembuskan nafas terakhir mereka di Tanah Suci, selang dua hari antara satu sama lain.
Ismail Latif, 66 tahun dan isterinya Rohani Dollah, 60 tahun meninggal dunia sewaktu mereka menunaikan ibadah umrah.
Pihak keluarga menerima khabar bahawa Ismail mengalami demam manakala isterinya mengalami tekanan darah tinggi.
Anak sulung kepada pasangan tersebut, Nor Afizah, 41 tahun menerima berita pemergian ibu bapanya daripada sepupunya, Noranito Taib, 50 tahun yang turut bersama pasangan tersebut dalam menunaikan umrah di Tanah Suci.
“Sihat walafiat, (mereka) tak ada penyakit selama ni kerana memang aktif buat pemeriksaan kesihatan. Mereka memang segar dan aktif, baik di rumah atau di masjid. Mak ada darah tinggi. Mungkin dia terkejut dengan (pemergian) ayah.
“Mungkin dia fikir sedih nak tinggal ayah, jadi mungkin fikir banyak sampai dia pun mengadap Illahi. Kami redha dengan pengakhiran baik ayah bersama dengan emak. (Mereka) sehidup semati pergi ke sana sini bersama dan jarang berpisah,” ujar anak sulung pasangan itu, Nor Afizah Ismail.
Al-fatihah kepada pasangan Ismail Latif dan Rohani Dollah.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.