Sudah dua bulan setengah berada dalam sel penjara, Datuk Farid Kamil mengakui pengalamannya di dalam sel merupakan detik yang paling sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
Beliau mengulas bahawa dia mempunyai seluruh masa untuk refleksi diri sendiri dan berubah ke arah yang lebih baik.
Dia juga berupaya untuk menunaikan solat sunat tahajud dan khatam Al-Quran dalam masa sebulan, satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh dirinya sebelum ini.
“Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami perasaan yang orang lain tidak dapat rasainya.”
Datuk Farid Kamil mengakui bahawa dalam keadaan yang seperti ini Tuhan telah menunjukkan sesuatu kepadanya.
“Saya melalui detik mencemaskan dalam proses mendapatkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.”
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.