Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Datuk Nassier Wahab Dalam Kenangan

Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya
Editor
05 Dec 2019, 10:29 AM

datuk nassier wahab dalam kenangan

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat sedih. Gugurnya lagi seorang bintang dan idola industri muzik negara, Datuk Nassier Wahab. Allahyarham dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 12.45 pagi tadi di Pusat Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya.

Berita tersebut telah disampaikan oleh rakan-rakan karib Allahyarham dan juga orang-orang terdekatnya. Berikut pesanan daripada Zur Eda melalui aplikasi Whatsapp;

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC."

Menurut sumber, Allahyarham tumpas dalam berjuang melawan kanser rahang yang dialaminya sejak 5 tahun yang sudah. Pembedahan telah dijalankan pada Jun yang lalu bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Nassier telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada tahun 2017, yang membawa gelaran Datuk kepada dirinya. Penganugerahan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Allahyarham merupakan sebuah ikon yang menjana populariti pada era 80-an. Lagu-lagunya seperti Sekali Aku Jatuh Cinta, dan Memori Cinta Luka akan selalu menjadi kenangan dan menggamit perasaan setiap yang mendengar.

Artis-artis tempatan menunjukkan kesedihan dan memanjatkan doa kepada Allahyarham melalui akaun media sosial mereka.

Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}