Jika anda berniat untuk bercuti ke New Zealand, terdapat undang-undang baru yang memerlukan anda untuk memberitahu kata laluan telefon bimbit anda atau apa sahaja gadjet elektronik untuk anda melepasi sempadan negara itu.
Undang-undang baru ini membolehkan pegawai kastam dinegara itu meminta akses maklumat seperti kata laluan, PIN serta kekunci dari pelancong. Jika pelancong enggan berkerjasama, denda tidak melebihi NZD5,000 (RM13,461.99) boleh dikenakan.
Undang-undang ini diperkenalkan kerana untuk menjaga sempadan negara itu daripada ancaman bahaya yang berkemungkinan disebabkan oleh pelancong disempadan negara tersebut. Ini juga bagi memastikan tiada maklumat merbahayakan disimpan dalam peranti milik pelancong.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.