Tindak balas tubuh kepada gas ini adalah berbeza-beza. Inilah yang akan memberi kesan kepada bau dan bunyi kentut itu sendiri. Ada orang yang kentut dengan bunyi yang sangat kuat dan ada juga yang kentut dengan bau yang sangat busuk.
Semua orang akan mengalami kentut. Hal ini kerana, gas yang berada dalam usus manusia perlulah dilepaskan untuk mengelakkan penyakit yang berat terutamanya kepada perut dan usus.
Jadi, apabila terdengar ada orang yang kentut, janganlah mentertawakan mereka. Hal ini kerana, ia boleh memalukan seseorang. Mungkin, perbuatan kentut dengan bunyi yang kuat atau bau yang busuk itu adalah tidak disengajakan dan tidak dapat dielakkan pada waktu itu.
Justeru, jangan menjatuhkan maruah mereka dengan mentertawakan perbuatan tersebut. Bahkan, dalam hadis ada menyebut bahawa ia adalah perbuatan pada zaman jahiliyah.
إِلَامَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ؟
Maksud: “Mengapa kalian mentertawakan kentut yang kalian juga biasa melakukannya?” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 4942)
Dalam riwayat ini disebutkan bahawa larangan mentertawakan mereka yang kentut itu adalah disebabkan ia adalah kebiasaan yang juga dilakukan oleh anda. Jadi, mengapa perlu mengejek dan mengetawakan mereka yang kentut, sedangkan suatu masa nanti anda juga mungkin terlepas kentut di khalayak ramai.
Justeru, apabila ada orang yang kentut atau tiba-tiba terbau bauan yang tidak menyenangkan, maka abaikan sahaja situasi itu. Jangan diejek si pelakunya walau anda tidak tahu siapa yang mengeluarkan gas itu.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.