Allah Maha Mendengar, dan Allah ingin menjawab doa hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Namun, doa kadang-kadang boleh terhalang daripada sampai kepada Allah. Penyebab doa terhalang ada tiga iaitu:
#1- Berdoa dalam keadaan lalai
Orang yang lalai dalam berdoa adalah orang yang meminta doa dalam keadaan tidak memahami apa yang diminta. Dia hanya mengulang-ulang apa yang telah dihafal dan tidak benar-benar menyelami maknanya.
#2- Berdoa dalam keadaan makan dan minum tidak dijaga
Golongan kedua ini adalah mereka yang tidak menjaga sumber rezekinya – mendapat rezeki daripada sumber yang haram sehingga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan harta semuanya juga adalah haram.
#3- Berdoa dalam keadaan tidak yakin akan dikabulkan doa
Golongan ini adalah golongan yang berputus asa kepada Allah. Mereka disebut sebagai orang yang tergesa-gesa dalam berdoa kerana apabila doa tersebut lambat dimakbulkan, mereka terus menganggap bahawa Allah tidak mahu memberi atau tidak mendengar apa yang dipinta.
Peliharalah setiap prasyarat dalam berdoa, dan berdoalah dalam keadaan percaya dan yakin. Doa adalah harapan yang tidak harus hilang.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.