Selain daripada hari perkahwinan, hari yang paling penting dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah apabila dapat tahu mereka akan menimbang cahaya mata.
Persediaan awal bakal ibu bapa semestinya akan dilakukan, dari segi kewangan, mental dan fizikal terutama sekali kepada para ibu. Tetapi, bakal bapa juga dapat membantu isteri dan bayi dalam kandungan untuk sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Jadi, para suami atau bakal bapa boleh mengamalkan membaca doa untuk kesejahteraan semua.
- Doa Nabi Ibrahim AS
Surah As-Saffat (Ayat 100)
Ayat daripada surah As-Saffat dikenali sebagai doa Nabi Ibrahim AS kepada Allah SWt untuk dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan beriman. Setiap perkahwinan itu semestinya menginginkan cahaya mata yang merupakan penyeri kehidupan rumah tangga pasangan suami isteri.
- Doa Nabi Zakaria AS
Surah Al-Anbiya’ (Ayat 89)
Pelbagai jenis ujian dan dugaan yang anda akan bakal berdepan dalam sesebuah perkahwinan seperti kurniaan anak. Semua pasangan ingin perkahwinan yng penuh dengan keberkatan dan anak-anak merupakan berkat yang paling terindah.
Sumber: Pengantin Baru
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.