Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Doa Menghilangkan Rasa Sedih Dalam Diri

Setiap insan pasti pernah merasa perasaan sedih, kecewa dan ujian berat di hati yang melampau.
Editor
05 Jun 2020, 05:51 PM

Setiap insan pasti pernah merasa perasaan sedih, kecewa dan ujian berat di hati yang melampau. Sama ada ia disebabkan oleh masalah kewangan, masalah pelajaran mahupun perhubungan sesama manusia.

doa menghilangkan rasa sedih dalam diri

Bahkan, diceritakan dalam sirah, Baginda SAW juga pernah mengalami kesedihan yang teramat sangat sehingga tahun itu digelar sebagai tahun kesedihan buatnya.

Ia terjadi disebabkan kedua-dua tulang belakang Baginda dalam dakwahnya telah pergi buat selama-lamanya, iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Ada orang, apabila melihat langit, maka dia akan rasa tenang. Ada pula orang yang suka melihat air yang mengalir. Jadikan perkara-perkara tersebut sebagai suatu yang boleh mengalih perhatian anda agar tidak terus larut dalam emosi itu.

Dalam masa yang sama, terdapat sebuah doa yang diajar oleh Baginda SAW agar tidak terus tenggelam apabila berada dalam situasi ini. Doa ini ada diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih dan sentiasa diamalkan oleh Baginda serta para sahabat.

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW ketika mengalami kesulitan dan kepayahan, Baginda akan mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ العَظِيمُ الحَليمُ ، لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمِ ، لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ، وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيمِ

Maksud: “Tiada sembahan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Santun. Tiada sembahan yang berhak disembah selain Allah, Rabb yang menguasai arasy Yang Maha Agung. Tiada sembahan yang berhak disembah selain Allah. (Dia) Rabb yang menguasai langit, (Dia) Rabb yang menguasai bumi dan (Dia) Rabb yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.”

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 6346)

Disunnahkan untuk membaca doa ini setiap kali anda berada dalam kesedihan yang melampau. Walaupun kesedihan yang kecil, ia juga boleh dibaca.

Dalam doa ini, kita melihat Baginda SAW menyebut pengagungan kepada Allah dan hanya Dia yang berhak disembah.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}