Sekian banyak anjuran serta pemberitahuan tentang kelebihan menuntut ilmu yang boleh kita temui daripada nas Al-Quran dan hadis, antaranya malaikat akan mendoakan orang yang menuntut ilmu, malah mereka juga akan dimudahkan jalannya ke syurga.
Walau bagaimanapun, jangan kita lupa bahawa fitnah ilmu juga wujud.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kita satu doa agar kita boleh berlindung daripada ilmu yang tidak bermanfaat.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ
(Allahumma inni a’udzubika min ilmin la yanfa’, wa min qolbin la yakhsya’, wa min nafsin la tasyba’, wa min du’a in la yusma’)
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari jiwa yang tidak merasa puas, dan dari doa yang tidak didengar (tidak dikabulkan).”
(HR. Abu Dawud no. 1548, An-Nasa’i no. 5536, dan Ibnu Majah no. 3837 – Hadis ini sahih)
Setiap perkara akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak, termasuk dalam hal ilmu. Semoga kita berusaha memupuk taqwa dalam mencari ilmu, mengamalkan ilmu serta menyebarkan ilmu.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.