Bila berbicara soal amal ibadah, mesti ada saja tips yang boleh kita jumpa.
Namun, perkara yang paling boleh membantu kita adalah bantuan doa agar usaha kita untuk beramal ibadah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Doa yang pernah dipesan khusus oleh Rasulullah SAW agar umatnya diberi keringanan dan kerajinan dalam beribadah.
وَعَنْ مُعَاذٍ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، أَخَذَ بِيَدِهِ ، وَقَالَ :(( يَا مُعَاذُ ، وَاللهِ إنِّي لَأُحِبُّكَ )) فَقَالَ : (( أُوصِيْكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ في دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُوْلُ : اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ )) – رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ
‘Allahumma A’inni ‘Alaa Zikrika wa Syukrika wa Husni ‘Ibaadatik’
(Ya Allah, tolonglah aku dalam berzikir, bersyukur, dan beribadah yang baik kepadaMu).’”
HR. Abu Daud dengan sanad sahih – HR. Abu Daud, no. 1522; An-Nasa’i, no. 1304. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih
Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, tetapi memandangkan kita berada di bulan yang penuh dengan rahmah Illahi. Alangkah baiknya jika kita melazimi doa yang indah ini.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.