Perasaan gementar, gemuruh berdebar merupakan satu emosi yang semua orang akan merasai dalam setiap situasi yang penting dalam hidup mereka. Peperiksaan, temu duga kerja, jumpa bakal mertua. Perasaan gemuruh itu pasti akan timbul dalam diri anda.
Banyak teknik yang anda boleh lakukan untuk tenangkan perasaan gemuruh itu supaya anda dapat menambah keyakinan diri anda.
Berikut merupakan doa yang pernah dibaca oleh para nabi yang terdahulu yang boleh kita amalkan.
- Doa Nabi Musa
Surah Taha (ayat 25-28)
Maksud: “Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”
- Doa Dipermudahkan Urusan
Hadis Riwayat Anas bin Malik (2886)
Maksud: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”
- Doa Memohon Pertolongan
Hadis Riwayat Anas bin Malik (4/43)
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.