Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

Raihan & Nowseeheart

Nabi Anak Yatim

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Album Art Ke Udara

Nabi Anak Yatim

Raihan & Nowseeheart

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

ZAYAN Hujung Minggu Segmen Terkini

ZAYAN Hujung Minggu

Dengarkan Hujung Minggu ZAYAN setiap Sabtu dan Ahad

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Doa Yang Boleh Dibaca Pada Musim Influenza Ini

Musim Influenza ini amat berbahaya untuk kita rakyat Malaysia. Selain daripada mengambil langkah pencegahan, kita boleh amalkan doa-doa ini.
Editor
22 Jan 2020, 07:00 PM

doa yang boleh dibaca pada musim influenza ini

Permulaan tahun 2020 ini amat membimbangkan dengan pelbagai perkara yang berlaku seperti penyakit Polio yang telah datang kembali pada December 2019 lepas, kebakaran besar di Australia, banjir besar di Jakarta, baru-baru ini ribut pasir dan hujan batu yang melanda Australia dan terkini wabak Influenza A yang sudah tersebar di Malaysia.

Influenza A merupakan sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Kebanyakan orang yang dijangkiti akan mula mendapat tanda-tanda ringan seperti demam, batuk atau sakit tekak. Apabila sampai satu tahap, badan untuk mula memberi reaksi yang teruk sehingga mengakibatkan sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu serta cirit-birit dan muntah.

Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan, sentuhan tangan pesakit atau menyentuh mana-mana permukaan yang telah tercemar dengan titisan cecair (selesema, batuk atau bersin) pesakit.

Penyakit yang berjangkit ini amatlah berbahaya kepada kita semua. Lagi-lagi jika penyakit itu boleh membawa maut. Dan penyakit Influenza ini berbahaya kerana ia senang tular dan amat senang untuk dijangkiti oleh kerana kita berkongsi udara yang sama.

Islam menganjurkan untuk kita sentiasa berdoa kepada Allah tidak kira pada waktu senang ataupun susah. Berdoa untuk diberikan kesembuhan dan mengelakkannya datang kepada kita.

Daripada Ibn Umar RA, beliau telah mendengar Baginda SAW bersabda bahawa Baginda tidak pernah meninggalkan doa untuk diberi kesihatan, iaitu;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Mafhum: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu keselamatan di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 5074)

Bahkan, Baginda juga pernah berdoa supaya dielakkan daripada terkena virus dan penyakit berjangkit yang pernah melanda, iaitu;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1554)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

Ads With Us Ads With Us Ads With Us