Suatu hari Saidatina Aisyah R.Anha melihat Nabi SAW dalam keadaan gembira lalu beliau mendekati Nabi dan meminta Nabi berdoa untuk dirinya.
Lalu Nabi berdoa dengan membaca;
“Ya Allah ampunkanlah dosa Aisyah sama ada dosa yang pernah dilakukannya di masa lalu, di masa akan datang, dosa yang dilakukan secara sembunyi dan juga secara terang-terangan”
Rasulullah SAW bertanya: “Adakah doa ini membuatmu gembira Aisyah?”.
Jawab Aisyah: “Sudah pasti aku gembira Wahai Rasulullah”
Rasulullah berkata: “Demi Allah, inilah doa yang kubaca buat umatku setiap kali solat”
Betapa Rasulullah SAW sangat mengambil berat tentang umatnya walaupun tidak pernah berjumpa. Kita sentiasa berada dalam ingatan Rasulullah SAW. Maka ingatilah juga dengan berselawat ke atas baginda dalam kehidupan seharian kita.
“Allahumma solli ‘ala Muhammad”
Sumber: Omar Suleiman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.