Trending “Sesekali Cuba Kedai Gunting Rambut Hipster,” Dr Zul Mohamad Al-Bakri Singgah Ke Kedai Joe Flizzow Kedai gunting rambut hipster milik Joe Flizzow menjadi tempat pilihan memotong rambut buat Dr Zul Mohamad Al-Bakri. Editor 15 Sep 2020, 02:17 PM Share Tweet Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menarik perhatian warga net lagi sekali apabila kedai gunting rambut hipster, milik penyanyi rap Joe Flizzow, menjadi tempat pilihan untuk memotong rambutnya.Beliau muat naik sebuah entri di laman sosial Instagram dan Twitter menggunakan perkhidmatan menggunting rambut di Joe’s Barbershop cawangan di Nilai, Negeri Sembilan untuk tatapan umum.Menerusi perkongsian tersebut, Dr Zul kelihatan tenang sambil rambutnya dirapikan. Menurut beliau, dia amat bangga dengan kejayaan anak muda Muslim dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi. View this post on Instagram Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi. Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, Yayasan Waqaf Malaysia dan TV Alhijrah telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca COVID-19. Boleh rujuk dalam Kad Laporan bulanan kami. Terima kasih Joe’s Barbeshop Nilai atas perkhidmatan menggunting rambut yang amat baik.A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on Sep 14, 2020 at 7:34am PDT“Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi,” tulisnya.Meninjau ke ruangan komen, ramai memberi pujian kepada bekas mufti Kuala Lumpur itu dalam menyesuaikan diri dengan pengedaran zaman dengan mencuba kedai hipster yang menjadi selera anak muda.Sumber: Instagram Share Tweet Filled Under : DrZul JoeFlizzow kedai gunting rambut *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.