Pendakwah bebas yang dikenali dengan sikapnya yang gemar membantu orang ramai, Ebit Lew mengambil langkah membeli dua lori air untuk membantu penduduk di Selangor yang mengalami kesulitan bekalan air.
Menerusi perkongsiannya di laman sosial peribadi Instagram, Edit berkongsi betapa sayu hatinya melihat kerumitan penduduk yang terkesan dengan gangguan bekalan air.
“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.
“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.
“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.
“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,” tulisnya.
Penduduk di Selangor sekali lagi mengalami masalah bekalan air melibatkan 1,292 kawasan ekoran insiden pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.
Gangguan berkenaan melibatkan pengguna di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/ Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.