Selalunya bila kita melalui ujian dalam hidup, ramai berkata untuk sentiasa bersabar. Tapi apakah maksud sabar.
Sabar mempunyai empat sifat yang berbeza, iaitu kesabaran, komitmen, ketekalan dan keteguhan. Ini merangkap maksud keseluruhan apa itu sabar.
Jadi bila orang berkata supaya kita harus sentiasa bersabar, ini bukan bermaksud kita harus duduk diam dan bertarik nafas sahaja. Sabar itu adalah satu perbuatan yang lebih besar daripada apa yang kita fahami selama ini.
Kenapa empat sifat ini amat penting dalam sabar. Sebab ujian yang kita lalui ini adalah satu perkara yang sukar. Jadi dalam menjalani ujian ini, akan da masa kita akan mula berputus asa. Sebab itu lah kita perlu ada orang disamping kita yang mendorong kita untuk membangkit daripada kesusahan.
Sumber: The Prophets Path
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.