Ramai wanita menginginkan rambut yang sihat dan indah, termasuklah wanita berhijab. Berikut merupakan empat tips untuk wanita berhijab supaya dapat rambut yang sihat.
- Jangan memakai hijab saat rambut basah
Memakai hijab saat rambut masih basah boleh menyebabkan kelemumur di kulit kepala dan keguguran rambut. Jadi keringkan rambut anda sepenuhnya sebelum memakai hijab seharian.
- Menyikat rambut sebelum mandi
Menyikat rambut sebelum mandi amat penting untuk mengekalkan kekuatan rambut anda. Ini juga untuk meluruskan rambut anda yang kusut. Menyikat rambut anda sebelum mandi boleh mengurangkan risiko rambut patah dan keguguran rambut ketika menyucinya.
- Menyapu aloe vera ke kulit kepala
Menyapukan aloe vera ke kulit kepala dilakukan sebelum anda mencuci rambut. Aloe vera sangat bagus untuk kulit kepala kerana ia mengurangkan kelemumur dan juga keguguran rambut. Sapukan gel aloe vera ke atas kulit kepala dan biarkannya selamat 10-15 minit, kemudian bilas dengan air dan keringkan kepala anda dengan pengering rambut.
- Menggunakan ikat rambut yang tebal dan lembut
Bagi wanita yang memiliki rambut yang panjang dan lebat, dinasihati untuk menggunakan ikat rambut yang tebal dan lembut supaya tidak merosakkan rambut. Ikat rambut yang nipis boleh menyebabkan keguguran rambut yang amat ketara.
Sumber: Ceknricek
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.