Pelakon Ezlynn Ariffin akui bahawa dirinya sudah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tutupnya tirai bulan Ramadan tahun ini.
Menurut Ezlynn selepas tiga tahun cuba memakai tudung setiap kali Ramadan membuatkan tahun ini ia dipermudahkan.
“Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut.
“Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya.
“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia tetapkan,” katanya.
Menurut Ezlynn penghijrahannya mudah dan bukan kerana sesiapa.
“Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa.
“Cuma apa yang terdetik di hati saya tahun ni rasa nak berhijab,” katanya lagi.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.