Dalam usaha mengekang penyebaran wabak COVID-19 di kawasan Amazon di Brazil, aktivis alam sekitar, Greta Thunberg menyumbangkan 1 juta Euro (RM 4.8 juta).
Wang itu dimenanginya selepas dipilih sebagai penerima Hadiah Gulbenkian Kemanusiaan.
"Wang kemenangan, yang bernilai 1 juta Euro, lebih banyak daripada apa yang saya bayangkan.
"Kesemuanya akan disumbangkan kepada pelbagai organisasi dan projek yang berkaitan untuk membantu petugas barisan depan, terjejas oleh krisis iklim dan krisis ekologi," kata Thunberg.
Sumbangan tersebut telah dilakukan melalui Yayasan Thunberg kepada SOS Amazonia di bawah kendalian Fridays for Future Brazil, sebuah organisasi yang membantu memerangi wabak COVID-19 di wilayah pribumi itu.
"100,000 Euro (RM487,760) akan diberikan kepada Stop Ecocide Foundation sebagai menyokong usaha mereka menjadikan ecocide satu jenayah antarabangsa," katanya dalam sebuah ucapan.
Buat masa ini, Thunberg belum memperincikan organisasi lain yang bakal menjadi penerima sumbangan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.