Gunung Sinabung di Kepulauan Sumatera, Indonesia Meletus semalam, menghamburkan abu setingga satu kilometer serta awan abu panas yang bergerak sejauh satu kilometer ke arah tenggara.
Disebabkan letusan, penduduk setempat terpaksa berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia berkata kejadian tersebut tidak menjejaskan laluan trafik udara.
Gunung Sinabung diletakkan di bawah pemantauan rapat sejak beberapa minggu lalu, selepas ia dikesan lebih aktif daripada biasa.
Selama empat abad gunung itu tidak aktif sebelum meletus semula pada tahun 2010 dan 2014, mengorbankan 19 orang.
Sejak beberapa tahun lalu, kira-kira 30,000 penduduk setempat telah dipaksa pindah dari kawasan berhampiran Gunung Sinabung.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.