Berkaitan dengan penyakit Koronavirus yang melanda negeri Wuhan di China yang menyatakan bahawa jangkitan virus ini datang daripada haiwan seperti khinzir, kelawar dan burung yang boleh disebarkan dan menjakiti manusia.
Oleh sebab itu kita memahami dengan lebih mendalam tentang haiwan yang mana haram untuk dimakan dalam Islam.
Islam menuntut bahawa memakan makanan yang halal adalah lebih baik.
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا
Maksudnya : “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.”
(Surah al-Maidah: 88)
Demikian juga firman Allah SWT berikut:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya : “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”
(Surah al-A’raf: 157)
Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah haram.
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
[Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803)]
Binatang seperti anjing, khinzir, serigala, beruang, kucing, gajah, singa, harimau, kera dan seumpama dengannya adalah haram dimakan.
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:
نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.”
[Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803)]
Burung yang haram dimakan pula ialah burung yang mempunyai kuku yangkuat dan boleh melukakan seperti burung hering, semua jenis burung helang dan burung rajawali.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
خَمْسٌ مِنَ الدَّوَابِّ كُلُّهُنَّ فاَسِقٌ، يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ: الغُرَابُ، وَالْحِدَأةُ، وَالعَقْرَبُ، وَالفَأْرَةُ، وَالْكَلبُ العَقُورُ
Maksudnya: “Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram, iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.”
[Riwayat al-Bukhari (1732) dan Muslim (1198)]
Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram untuk dimakan, seperti ular, kala jengking, gagak, helang, tikus, dan semua binatang yang memudharatkan.
Sebaiknya kita jagalah kesihatan pada musim sakit ini, pelbagai jenis penyakit yang makin tersebar jadi berhati-hati lah.
Sumber: Mufti Wilayah