Sudah tentu akan ada suatu masa yang kita akan rasa dekatnya diri ini dengan Allah dan juga ada masa kita rasa betapa jauhnya diri ini dengan Allah.
Namun apa yang kita rasakan ini tidak boleh dibandingkan dengan ujian manusia pertama yang dihidupkan, Nabi Adam AS. Baginda telah dilontarkan dari taman syurga ke muka bumi ini. Bayangkan bagaimana perasaan Nabi Adam pada ketika itu.
Jika kita diletakkan dalam situasi seperti itu, tidak mungkin kita dapat mengharunginya dengan sebaik mungkin. Ada kemungkinan kita sudah ditimpa kemurungan yang dahsyat. Dihukum kerana mengingkari larangan Allah. Namun lihat bagaimana Allah menghidupkan semula semangat Adam dan Hawa ke arahNya.
Maka ingatlah bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Jika kita ingin mendekat kepada Allah, Allah seribu kali ingin mendekati hambaNya.
Sumber: Nouman Ali Khan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.