Selepas fenomena alam iaitu gerhana matahari berlalu, kini kita dianugerahkan lagi untuk melihat fenomena alam yang lain iaitu hujan meteor Quadrantids.
Pancuran meteor yang dilihat pada langit di Kota Belud, Sabah mendapat perhatian warga net. Video time lapse tular di media sosial Twitter yang menunjukkan fenomena alam tersebut dengan kelihatan indah.
Sekumpulan pemuda-pemuda juga memuat naik gambar mereka menyaksikan hujan meteor di akaun Twitter @KKCity.
Fenomena ini terjadi disebabkan serpihan debu yang ditinggalkan oleh asteroid 2003 EH1. Berbeza dengan gerhana matahari, fenomena hujan meteor Quadrantids ini tidak memerlukan sebarang peralatan khas yang perlu digunakan.
Ia dapat dilihat dengan mata kasar dan bergantung juga kepada keadaan cuaca.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.