Jika seseorang itu ingin menjadi imam solat, salah satu syaratnya mestilah seorang yang boleh membaca Al-Fatihah dengan baik, kerana Al-Fatihah adalah rukun dalam solat.
Kesalahan bacaan boleh mengubah makna surah tersebut, oleh itu setiap orang perlu memperbaiki bacaan Al-Quran.
Justeru, bagi makmum yang sudah ketahui bahawa imam yang diikutinya itu mempunyai kelemahan dalam bacaannya seperti tidak membaca dengan betul tetapi masih tetap mengikut imam tersebut maka batal solatnya dan perlu mengulang semula solat tersebut.
Namun jika imam tersebut sama sahaja taraf bacaan dengan makmum, maka tidak batal solat. Begitu juga jika kesalahan yang berlaku ringan sahaja dan tidak mengubah makna, maka tidak batal solat.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.