Amat sering sekali kita melihat kucing dimerata tempat tidak kisah jika dijadikan sebagai haiwan peliharaan atau yang berkeliaran. Ini kerana kucing adalah yang senang berkembang-biak.
Ada kucing-kucing ini tidak dijaga, ada yang dicedera, dipukul dan ada yang dilanggar oleh kenderaan. Jadi timbul lah persoalan, bolehkah kucing dimandulkan bagi mengelakkan lebih banyak kucing terbiar dan membiak.
via GIPHY
Secara asasnya hukum memandulkan haiwan yang tidak dimakan adalah haram dalam Mazhab Syafie namun jika terdapat keperluan maka ianya dibolehkan.
Manakala pandangan mengikut mazhab pula adalah seperti berikut:
1. Mazhab Hanafi – tidak mengapa memandulkan haiwan, kerana ada padanya manfaat kepada binatang dan juga manusia.
2. Mazhab Malik – Harus memandulkan haiwan yang dimakan dagingnya tanpa ada hukum makruh, untuk daging yang lebih baik.
3. Mazhab Syafie – Harus memandulkan haiwan yang dimakan dagingnya ketika kecil dan diharamkan bagi haiwan yang tidak dimakan dagingnya.
4. Mazhab Hanbali – Harus memandulkan kambing untuk mengelokkan dagingnya.
Dikatakan makruh memandulkan kuda dan haiwan lain.
via GIPHY
Manakala Fatwa Islamiyah menetapkan bahawa jika kucing itu banyak dan menyusahkan, dan proses memandulkannya tidak memudaratkan maka tidak mengapa. Ini kerana langkah yang diambil untuk memandulkan itu lebih baik daripada membunuh selepas ia telah dilahirkan.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.