Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hukum Menggunakan Produk Kosmetik Yang Mengandungi Arak Sake

Adakah sake merupakan arak ataupun alkohol?
Editor
06 Jul 2020, 04:59 PM

Arak Sake ialah sejenis minuman arak yang biasa dalam kalangan bangsa Jepun. Ia diperbuat daripada hasil penapaian kanji beras yang telah digilap untuk mengeluarkan dedak beras.

hukum menggunakan produk kosmetik yang mengandungi arak sake

Dalam proses ini, kanji akan bertukar kepada gula sebelum ditukarkan kepada alkohol, berbeza dengan arak jenis lain di mana alkohol (etanol) terhasil selepas proses penapaian yang berlaku secara semula jadi dalam buah contohnya buah anggur. Justeru sake dinilai sebagai arak dan bukannya sejenis alkohol semata-mata.

Ulama Al-Syafieyyah berpandangan bahawa arak adalah najis kerana ia termasuk dalam bahan cecair yang dilarang dan memabukkan. Pengharamannya juga telah disepakati oleh para ulama.

Berkata Imam al-Nawawi: “Adapun arak itu ia adalah najis berdasarkan firman Allah SWT: ‘Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor (keji) dari perbuatan syaitan’. Dan kerana ianya (arak) adalah suatu yang diharamkan untuk mengambilnya tanpa darurat, maka kedudukannya adalah najis sama seperti hukum darah”. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 2/572)

Justeru, daripada ketetapan inilah, para ulama turut bersepakat mengharamkan penggunaan arak baik untuk kegunaan dalaman atau luaran seperti untuk tujuan perubatan, pembuatan minyak wangi atau produk kosmetik.

Berbeza dengan alkohol yang tidak melalui proses pembuatan arak, contohnya yang berada dalam minyak wangi dan ubat-ubatan yang berfungsi sebagai bahan pelarut serta makanan yang mempunyai kandungan alkohol hasil tindak balas semula jadi serta kadar alkoholnya adalah tidak lebih 0.5%, maka ia tidak dikira najis dan boleh digunakan.

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}