Pelbagai inisiatif yang dijalankan agensi bukan kerajaan (NGO) dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencapai imuniti berkelompok dengan mempercepatkan program vaksinasi ini.
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Pertubuhan Malaysian Women’s Action for Tobacco Control and Health (MYWATCH), Malaysian Medical Association (MMA) dan Yayasan myNadi sudah memulakan program vaksinasi rumah ke rumah dengan kerjasama KKM.
Program itu fokus kepada individu yang uzur, terlantar sakit serta golongan kurang upaya (OKU) yang tidak berupaya pergi ke pusat penerimaan vaksin.
Menurut Datuk Dr Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, pihaknya sentiasa komited dalam membantu kerajaan dalam memastikan program vaksinasi berjalan lancar.
“Sepanjang pandemik COVID-19, kami bertungkus-lumus memastikan pesakit dengan penyakit kronik, termasuk kanser, dapat terus menerima penjagaan dan rawatan yang diperlukan melalui pelbagai inisiatif.
“Apabila KKM menghubungi kami untuk meminta bantuan dalam inisiatif vaksinasi ini, kami tidak teragak-agak,” katanya.
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM sering memantau program jangkauan vaksin ini bagi diimplementasi secara berperingkat di seluruh negara dalam masa terdekat.
Pendaftaran individu di bawah jagaan penjaga boleh dibuat melalui talian bebas tol 1800-88-1000 atau emel help@cancer.org.my.
Mereka yang mahu mendaftar sebagai sukarelawan pula boleh menghubungi 03-26987300 atau emel navi@cancer.org.my
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.