Sebenarnya dengan datangnya kekayaan dalam hidup kita, tanggungjawab juga semakin bertambah. Dengan kekayaan yang melimpah ruah, datangnya kesedaran dalam diri ini untuk sentiasa bersyukur kepada Pemberi.
Ramai yang bersangka orang kaya ini tidak mempunyai ujian, walhal ujian orang kaya adalah kekayaan yang mereka terima di dunia ini. Bagaimana mereka belanjakan rezeki yang dikurniakan Allah dan pernahkah mereke menzahirkan rasa syukur kepada Illahi.
Jadi itulah ujian yang paling besar kepada orang yang berharta ini. Menjadi orang kaya yang bersyukur dan memberi sedekah kepada orang terdekat dengan mereka kerana orang yang bersyukur tidak pernah rugi.
Percaya bahawa Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya tetapi hambaNya sahaja yang ada kala melupa akan perintahNya.
Orang yang bersyukur adalah mereka yang sedar akan kelebihan yang dikurniakan kepada mereka dan menggunakan kelebihan tersebut ke jalan yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.