Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Jangan Bergurau Dengan Sebutan Talak Dalam Rumah Tangga

Talak bukan satu gurauan dalam rumah tangga.
Editor
12 May 2020, 07:00 AM

Isu rumah tangga sering tular di media sosial dan semakin menjadi-jadi tidak kira dalam kalangan artis mahupun rakyat biasa. Oleh kerana itu, apabila ingin membuat keputusan untuk membina rumah tangga harus memikirkan seribu seratus kali. Dan harus betul-betul bersedia untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan yang penuh dengan pelbagai cabaran.

jangan bergurau dengan sebutan talak dalam rumah tangga

Dalam sebuah hadis sahih sudah pun dinyatakan mengenai talak dan penceraian dilarang untuk dibawa bergurau. Terdapat tiga perkara yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Larangan yang dimaksudkan walaupun dikata secara gurauan ia tetap akan beralih kepada maksud asal. Dalam erti kata yang lebih mudah, hukum suatu talak dikira jatuh.

Namun, banyak huraian yang diberikan oleh para ulama berkenaan lafaz talak, sebelum talak tersebut dikira jatuh ataupun tidak.

Ucapan talak yang tidak dikira

  1. Orang yang tidur
  2. Orang yang gila
  3. Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
  4. Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan
  5. Penggunaan lafaz yang tidak difahami
  6. Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur

Perkara yang ketiga sering menjadi pertanyaan banyak pihak iaitu talak yang dikeluarkan daripada orang yang terlepas cakap. 

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talak, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fikh yang berulang kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga kerana tiada niat.”

Oleh kerana itu, Islam melarang untuk kita bergurau dengan perkara tersebut. Penceraian juga merupakan perkara yang paling digemari syaitan kerana ia boleh memutuskan keturunan Nabi Adam AS.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}