Nama An-Nur sendiri membawa maksud cahaya, iaitu yang memberi petunjuk kepada setiap dari kita. Bahkan, tujuan utama surah ini diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik.
Surah An-Nur merupakan surah yang ke-24 yang diturunkan dan tergolong dalam kategori Madaniyyah iaitu surah yang diturunkan di Madinah.
Bila sentuh soal surah An-Nur, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran orang adalah mengenai perintah menutup aurat kerana itu antara ayat yang panjang huraiannya di dalam surah ini.
Tapi tahukah anda ada banyak lagi perkara yang boleh dilihat dan diteladani dalam surah An-Nur?
1. Larangan berzina
Permulaan surah ini dimulai dengan peringatan dan larangan ke atas lelaki dan perempuan untuk berzina. Ayat yang ke-2 dan ke-3 menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang perlu dijauhi.
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ
Mafhum: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratu kali sebat.” (Ayat 2)
2. Jangan menuduh tanpa bukti
Seterusnya, ayat ke-4 membawakan perintah untuk membawa saksi di atas setiap tuduhan atau perkara yang ingin dihujahi.
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Mafhum: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka dengan delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ayat 4)
3. Berita yang disebar perlu sahih
Ayat ini menunjukkan bahawa setiap perkara atau berita yang ingin disampaikan perlulah jelas dari segi sumber dan juga kesahihannya. Tidak boleh menyebarkan sesuatu secara semberono tanpa menitikberatkan kesahihannya.
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ
Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu.” (Ayat 11)
4. Adab memasuki rumah orang
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّىٰ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَىٰ أَهْلِهَا ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).” (Ayat 27)
5. Memberi nafkah kepada ahli keluarga
وَلَا يَأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنكُمْ وَالسَّعَةِ أَن يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَىٰ وَالْمَسَاكِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ
Mafhum: “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kamu dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah.” (Ayat 22)
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.