Lebah merupakan serangga yang biasa wujud di bumi ini. Namun tahukah anda, lebah kini diiktiraf sebagai salah satu spesis terpenting di dunia?
Pengiktirafan diberikan oleh Earthwatch Institute di Royal Geographical Society of London.
Menurut laporan The Science Times, 70% daripada pertanian di dunia ini bergantung kepada lebah. Tanpa lebah, majoriti tanaman akan pupus.
Lebah juga merupakan satu-satunya spesis haiwan yang tidak membawa virus atau bakteria yang mampu menjangkiti haiwan mahupun tumbuhan.
Namun begitu, kajian mendapati hamper 90% populasi lebah telah musnah sejak beberapa tahun ini, berkemungkinan daripada kurangnya tumbuh-tumbuhan bunga-bungaan, hutan yang dimusnahkan serta racun serangga tidak terkawal.
Sumber: Sciencesanity
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.