Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 150 kes baharu dilaporkan setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 2,470 kes.
Dukacita dimaklumkan bahawa kes kematian bertambah sebanyak 7 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 34 kes.
- Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
- Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64 tahun. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.
- Kes kematian ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
- Kes kematian ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
- Kes kematian ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
- Kes kematian ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.
- Kes kematian ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.