Satu dunia masih belum reda lagi dengan penularan wabak COVID-19, angka kes dan juga kematian semakin meningkat dari semasa ke semasa.
via GIPHY
Malah, pihak Kerajaan Arab Saudi sudah mengambil langkah menghalang jemaah dari negara yang terjejas memasuki Mekah dan Madinah untuk menunaikan umrah.
Manakala kawasan tawaf di sekeliling Kaabah ditutup untuk kerja-kerja pembersihan selepas waktu Isya sehingga Subuh. Namun, Kawasan tawaf di tingkat satu, dua dan Kawasan bumbung masih dibuka.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama peristiwa seperti ini berlaku malah ia telah disebutkan bahawa Mekah pernah ditutup lebih 40 kali. Ini bukan tanda-tanda kiamat yang seperti mana digembar-gemburkan di media sosial.
Berikut antara peristiwa-peristiwa yang pernah membawa kepada larangan Umrah dan Haji serta penutupan Mekah:
865 Masihi – Seorang lelaki bernama Ismail ibn Yusuf Al-Alawi membunuh ribuan jemaah beramai-ramai dan membawa kepada penutupan kawasan Mekah dan Madinah.
930 Masihi – Abu Thahir al-Qaramithi dari golongan Syiah Ismailiyyah datang ke Mekah dan membunuh jemaah haji yang sedang beribadah. Batu hajarul aswad juga dicuri dan dikembalikan semula setelah 22 tahun disimpan di daerah Hajr.
983 Masihi – Berlaku perselisihan Bani Abbas dan Bani ‘Abid. Selama 8 tahun Muslimin dari Irak dilarang melaksanakan ibadah Haji.
1257 Masihi – Pada tahun ini semua penduduk Hijaz tidak dibenarkan mengerjakan Haji.
1258 Masihi – Berlaku serangan oleh tentera Mongolia di pusat pemerintahan Islam di Baghdad. Mereka membunuh 2 juta orang, membuang banyak buku ke dalam sungai serta membunuh khalifah. Kekacauan tersebut menyebabkan umat Islam takut untuk keluar mengerjakan Haji kerana takut dibunuh.
1814 Masihi – Kawasan Mekah pernah ditutup kerana wabak taun. Lebih kurang 8000 orang meninggal dunia kerana wabak ini.
1831 Masihi – Terjadi wabak Hindi yang dipercayai berpunca dari India yang akhirnya membunuh 3/4 jemaah Haji pada tahun ini.
1837 Masihi – Kawasan Mekah ditutup dan Haji tidak dijalankan sehingga tiga tahun seterusnya kerana penyakit berjangkit/epidemik.
1846 Masihi – Wabak Kolera menyerang pada tahun ini. Ibadah haji dan umrah dihentikan.
1858 Masihi – Berlaku penyebaran penyakit berjangkit yang teruk sehingga penduduk Hijaz berhijrah ke Mesir untuk menyelamatkan diri. Pusat kuarantin dibangunkan di Bi’r Anbar bagi mengawal jangkitan.
1864 Masihi – Lebih kurang 1000 orang jemaah haji meninggal setiap hari kerana wabak. Kerajaan Mesir bertungkus lumus menghantar doktor ke sana dan membangunkan pusat kuarantin di sekitar Mekah dan Madinah bagi membendungnya.
1892 Masihi – Wabak kolera menyerang dan menyebabkan kematian ribuan jemaah haji. Kematian bertambah di Arafah dan Mina. Dilaporkan sehingga mayat-mayat bertimbun sebelum dapat ditanam.
1987 Masihi – Lebih 10,000 orang terkena jangkitan Meningitis pada tahun ini dan memberi kesan kepada ibadah umrah dan haji.
Untuk info lanjut berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.