Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kadar Zakat Fitrah RM5, RM7 Bagi Pembayar Zakat Di Wilayah Persekutuan

Dua kadar zakat fitrah bagi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.
Editor
17 Apr 2020, 04:28 PM

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menetapkan, dua kadar zakat fitrah iaitu RM5 dan RM7 untuk tahun ini, bagi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara tersebut diputuskan dengan persetujuan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, berdasarkan situasi semasa kesan penularan COVID-19.

kadar zakat fitrah rm5, rm7 bagi pembayar zakat di wilayah persekutuan

Katanya, pelaksanaan dua kadar zakat fitrah tersebut bertujuan meringankan beban umat Islam di Wilayah Persekutuan yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan itu.

Jelasnya lagi, berdasarkan kemampuan masing-masing, pembayar zakat di Wilayah Persekutuan boleh memilih untuk membayar antara dua kadar tersebut.

“Hal ini adalah selari dengan Resolusi Muzakarah Khas Kali Ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang bersidang pada 9 April 2020 melalui siaran langsung telesidang.

“Muzakarah ini mengambil ketetapan bahawa kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian di negeri masing-masing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan semasa.

kadar zakat fitrah rm5, rm7 bagi pembayar zakat di wilayah persekutuan

“Selain itu, kadar zakat fitrah adalah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri, namun jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga,” katanya.

Penetapan kadar zakat fitrah sebanyak RM7 dibuat berdasarkan harga beras bagi 2.6 kilogram beras super tempatan gred A yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: BH Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}