Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kaedah Pelupusan Abu Al-Quran Dengan Cara Yang Betul

Tanggungjawab seorang Muslim adalah menjaga dan memuliakan kesucian naskah Al-Quran.
Editor
15 Oct 2020, 10:30 AM

Tanggungjawab seorang Muslim adalah menjaga dan memuliakan kesucian naskah Al-Quran, bahkan ia merupakan satu kewajipan. Terdapat beberapa kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam proses pelupusan Al-Quran yang rosak.

kaedah pelupusan abu al-quran dengan cara yang betul

Di antara kaedah yang telah disarankan adalah dengan membakarnya. Hal ini berpandukan dengan apa yang dilakukan oleh Saidina Uthman bin ‘Affan R.A ketika proses pengumpulan al-Quran bahawa dia telah memerintahkan untuk mengumpul Mushaf yang dimansukhkan dan membakarnya bertujuan menjaga kesucian al-Quran. Hal tersebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A:

Maksudnya: Sesungguhnya ‘Uthman bin ‘Affan R.A memerintahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sai’d bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam supaya menulis semula dalam bentuk salinan Mushaf yang sempurna, ‘Uthman berkata kepada tiga orang lelaki Quraish: Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit berkaitan sesuatu hal di dalam al-Quran, maka tulislah dalam gaya bahasa Quraish, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka, lalu mereka melakukannya, sehingga menjadi banyak salinan daripadanya (mushaf), kemudian ‘Uthman memulangkan mushaf yang asal kepada Hafsah, dan dikirim ke seluruh pelusuk dunia, kemudian ‘Uthman memerintahkan supaya segala mushaf selain daripada mushaf yang asal agar dibakar.

Riwayat al-Bukhari (4987)

kaedah pelupusan abu al-quran dengan cara yang betul

Tapi, bagaimana pula dengan abu Al-Quran? Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke 30, ia menyatakan bahawa cara pembakaran dan proses pelupusan Al-Quran.

  • Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendak­lah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.
  • Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan di kumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah
  • Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.
  • Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut

kaedah pelupusan abu al-quran dengan cara yang betul

Justeru dapat disimpulkan bahawa, al-Quran yang hendak dilupuskan sebaiknya dibakar di tempat yang bersih kemudian abunya dihimpunkan dan dihanyutkan ke dalam laut atau sungai yang mengalir. Selain itu, abunya juga boleh ditanam ditempat yang tidak dilalui oleh orang ramai bagi mengelak daripada dipijak. Ini jelas tujuannya adalah untuk menjaga kesucian dan kemulian al-Quran itu sendiri.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}