Dipetik daripada portal Hello Doktor, jika seseorang itu duduk terlalu lama, ia boleh meningkatkan risiko kematian awal.
Para penyelidik dari Universiti California Los Angeles (UCLA) mendapati aktiviti yang tidak aktif seperti menghabiskan masa sepanjang hari di kerusi mempunyai kaitan dengan sebahagian aktiviti otak, khususnya untuk ingatan.
Dilaporkan, senaman amat diperlukan untuk mengimbangi peningkatan risiko kematian yang berkait rapat dengan aktiviti duduk melebihi daripada lapan jam sehari.
Selain itu, banyak kajian menunjukkan duduk terlalu lama berkait dengan penyakit fizikal, daripada penyakit jantung, kanser sehinggalah kepada kematian awal.
Sumber: Hello Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.