Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kalau Nak Berniaga Jangan Kena Matahari

Rahsia perniagaan yang semua perlu tahu.
Editor
24 Feb 2020, 07:00 AM

kalau nak berniaga jangan kena matahari

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Sebelum Hassan Al Basri meninggal, beliau meninggalkan dua pesanan kepada kedua anak lelakinya.

"Bila ayah dah tak ada, hendaklah kamu berdua meneruskan perniagaan ayah. Cuma ayah nak pesan 2 perkara. Bila kamu berniaga jangan kutip hutang dan jangan kena matahari"

  1.  Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
  2.  Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu, dua beradik pun meneruskan perniagaan beliau. Perniagaan si adik kelihatan semakin merosot dan perniagaan si abang pula bertambah maju.

Jadi satu hari ibu mereka (balu Hassan Al Basri) memanggil si adik dan bertanya, “wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin merosot?”

Jawab si adik, “saya mengikuti pesanan ayah.” Ibunya bertanya kembali apakah pesanan ayahmu itu?

Jawab si adik, “ayah berpesan bahawa, kalau berniaga jangan mengutip hutang. Jadi semua yang berhutang dengan saya, saya tidak pernah minta bayarannya semula. Jika mereka ingin bayar, mereka bayar. Jika mereka tidak bayar, saya tidak akan kutip bayaran. Ayah juga berpesan, kalau berniaga jangan kena matahari, jadi saya sentiasa membawa payung kemana-mana. Supaya tidak kena matahari seperti pesanan ayah.”

Kemudian si ibu bertanya pula dengan si abang, “wahai abang, ibu melihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang telah kamu lakukan.”

Jawapan si abang sama seperti adiknya, “saya mengikuti pesanan ayah.” Ibunya menyoal kembali, “apa pesanan ayahmu itu?”

Lalu si abang pula jawab, “ayah pesan kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua urusan saya melakukan secara tunai. Maka tiada orang akan berhutang dengan saya. Saya ikut pesanan ayah, saya tidak perlu mengutip hutang. Kedua, ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya akan keluar ke kedai waktu subuh. Selepas waktu subuh, saya tidak tidur, saya terus ke kedai. Saya akan pulang waktu malam, jadi saya tidak kena matahari. Sebagaimana pesanan ayah.”

Jadi pengajaran daripada cerita ini adalah pertamanya, elakkan berhutang dalam perniagaan. Sebagai pemberi, yakinkah anda pemiutang itu akan membayar balik? Jika mereka tidak bayar, adakah ia akan mengganggu operasi anda?

Kedua, jangan kena matahari. Ini bukannya bermaksud literal, yang dimaksudkan adalah usaha. Usaha lebih untuk berjaya.

Sumber: Ustaz Hasnan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}