Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kasih Sayang Dalam Keluarga Tidak Mengira Agama

Cinta dan kasih sayang itu satu benda yang kompleks dan harus dilihat dengan mata hati bukan dengan mata kasar.
Editor
24 Dec 2019, 02:30 PM

kasih sayang dalam keluarga tidak mengira agama

Mempunyai kepercayaan agama yang berbeza tidak menjadi satu penghalang untuk seorang nenek beragama Buddha untuk menjaga cucu perempuannya yang beragama Islam selama 23 tahun.

Tan Guan Neo, 75, yang lebih mesra dikenali sebagai Nyonya Papo mempunyai lima orang anak perempuan dan tiga daripada mereka menganut agama Islam. Selain itu, 11 daripada 15 cucunya juga beragama Islam.

Guan Neo dan suaminya, Lee Nyong Yin yang telah meninggal dunia lima tahun lepas akibat denggi berdarah, memikul tanggungjawab yang besar untuk menjaga cucu perempuannya, Fahira Nabilah sejak cucunya itu berusia empat bulan.

kasih sayang dalam keluarga tidak mengira agama

Walaupun harus berdepan dengan pandangan serong dari masyarakat sekeliling dalam menjaga dan membesarkan Fahira Nabilah selama 23 tahun, oleh kerana perbezaan agama namun dia berjaya menempuhi segala cabaran.

Dia akui bahawa membesarkan Fahira Nabilah bukanlah perkara yang mudah tetapi dia pastikan bahawa Fahira Nabilah mendapat pendidikan agama yang sempurna lagi-lagi dia dan cucunya itu menganut agama yang berbeza. Dia juga berkata bahawa semasa Fahira Nabilah bersekolah, dia sendiri yang menghantar cucunya itu ke sekolah agama dan mengaji serta memastikan Fariha Nabilah menunaikan solat, berpuasa dan khatam al-Quran.

Fahira Nabilah pula berkata bahawa walaupun dia mempunyai fahaman yang berbeza dengan nenek dan atuknya namun mereka saling hormat-menghormati. Dan dalam apa jua cabaran yang dihadapinya jika dia ingin berjaya, mereka haruslah bersatu.

Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai kaum dan agama yang mampu hidup secara harmoni. Malah, perpaduan inilah yang membuatkan negara kita unik dan mempunyai identiti tersendiri di mata dunia. Lagipun, Islam juga mengajar umatnya untuk menyayangi manusia tidak kira warna kulit ataupun agama. Cinta dan kasih sayang itu satu benda yang kompleks dan harus dilihat dengan mata hati bukan dengan mata kasar.

Sumber: Website

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}