Bulan Ramadan semakin hampir, perlaksanaan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau menjadi persoalan umat Islam sama ada dibenarkan ataupun tidak.
Namun, kebenaran tersebut akan bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ke fasa ketiga ataupun tidak.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kenyataan akan dikeluarkan oleh pihaknya selepas pengumuman PKP dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan berkenaan solat Tarawih dan kita akan melihat yang terbaik dalam isu ini
"Sekiranya ada perkembangan baharu dan wabak COVID-19 itu dapat dibendung kita akan keluarkan kenyataan," katanya.
Ramadan yang bakal menjelang dijangkakan bermula pada 24 April ini, kira-kira seminggu selepas PKP fasa kedua tamat iaitu pada 14 April.
Sumber: Berita Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.