Sememangnya ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak mendirikan solat ketika mereka mencecah umur 7 tahun.
Baru-baru ini sekeping gambar tular di media sosial, seorang kanak-kanak menulis surat meluahkan perasaan kecewanya terhadap pihak pengurusan masjid apabila dia disuruh untuk pindah ke saf belakang.
Kanak-kanak yang bernama Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry itu bertanya kepada pihak pengurusan masjid dalam surat tersebut kenapa dia ‘dihalau’ dari saf pertama dan dipindah ke saf ketiga.
Surat yang diutuskan dengan penuh sopan itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memberi respon surat tersebut melalui laman sosial media Twitter dan Facebook.
Mufti Wilayah menulis sebuah bebenang menerangkan tentang kedudukan saf kanak-kanak tersebut yang pernah diulas oleh beliau pada tahun 2016.
Dr. Zul juga memberi beberapa cadangan kepada ibu bapa dan juga pihak masjid di dalam bebenang itu yang boleh membawa manfaat kepada orang ramai.
Perkongsian Dr. Zul itu memberi semangat kepada ibu bapa di sosial media untuk mengajar anak-anak mereka adab-adab ketika berada di masjid dan turut memuji Nadzrul yang mengutus surat tersebut.
Dr. Zul mengakhiri bebenang tersebut dengan ucapan tahniah disertakan doa kepada Nadzrul.
Jika anda ingin membaca ulasan tentang masjid dan kanak-kanak secara terperinci. Boleh klik di sini untuk membaca artikel daripada Mufti Wilayah Persekutuan.
Sumber:
Twitter Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.