Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Keistimewaan Bulan Ramadan Yang Tiada Pada Bulan Lain

Apa keistimewaan bulan Ramadan ini yang semua orang perlu tahu.
Editor
05 May 2020, 01:38 PM

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Apa keistimewaan bulan Ramadan ini yang semua orang perlu tahu.

keistimewaan bulan ramadan yang tiada pada bulan lain

1. Solat Tarawih

Ia adalah salah satu solat sunat yang dilakukan selepas solat Isyak hanya pada bulan Ramadan.

‘Tarawih’ itu bermaksud beristirehat. Solat ini biasanya dilakukan sebanyak 8 – 20 rakaat dan diakhiri dengan solat sunat witir. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Sesiapa yang mendirikan solat pada malam hari di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”

Hadis Riwayat Bukhari

2. Malam Lailatul Qadar

Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu Lailatur Qadar ini adalah salah satu rahsia Allah SWT. Ia hanya terdapat dalam 10 malam terakhir bulan Ramadan sepertimana hadis Rasulullah SAW yang bersabda;

“Carilah malam Lailatul Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, At-Tirmizi dan Ibnu Majah

3. Al-Quran turun pada bulan Ramadan

Mengikut sejarah Islam terdahulu, Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadan. Oleh itu, darjat Al Quran diangkat begitu tinggi pada bulan Ramadan ini.

4. Pintu langit dibuka seluasnya

Perkara ini bersandarkan pada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Apabila telah datang bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan dibelenggu (diikat).”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

5. Puasa ramadan membentuk keperibadian diri

Bulan Ramadan adalah bulan puasa penuh selama 30 hari. Pada siang hari kita diperintahkan untuk meninggalkan makanan, minuman atau perkara-perkara yang boleh membatalkannya.

Begitu juga apabila ada yang menguji tahap kesabaran kita. Rasulullah SAW bersabda;

“Apabila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata, ‘Sesungguhnya aku sedang puasa’.”

Hadis Riwayat Bukhari

Semoga Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan secara bersama untuk kita meraihkan keistimewaan ini dengan keluarga tercinta.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}