Surah Al-Kausar merupakan surah yang paling pendek dalam al-Quran yang hanya mengandungi 3 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dan berasal dari sungai di syurga.
Surah Al-Kausar diturunkan ketika baginda Nabi Muhammad SAW bersedih atas kematian 2 insan yang disayanginya iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib. Oleh kerana itu, surah ini disifatkan sebagai surat penghibur hati Nabi Muhammad SAW.
Terdapat pelbagai keistimewaan yang terkandung dalam surah ini yang kita boleh amalkan.
- Baca surah ini ketika hujan, dengan izin Allah SWT, doa kita akan dikabulkan.
- Ketika berada dalam keadaan kehausan dan tiada air, baca surah ini dan gosokkan di leher. In shaa allah rasa bahaga itu akan hilang.
- Jika mata anda sentiasa sakit seperti berair, gatal ataupun bengkak. Buat air penawar dengan membaca surah ini sebanyak 10 kali lalu sapukan air tersebut pada mata.
- Jika rumah anda dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali untuk mendapat ilham dimana terletaknya sihir itu.
- Hati akan menjadi lembut dan kita akan lebih khusyuk menunaikan solat jika selalu rajin membaca surah ini.
- Jika ada orang yang telah dianayai ataupun dizalimi, baca surah ini sebanyak 71 kali. Dengan izin Illahi, bantuan akan diberikan kepadanya.
Sumber : islamituindah.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.